Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, tidak mahu memanjangkan isu penamatan kontrak ketua jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang, sambil mengambil pendekatan untuk
tunggu dan lihat siapa penggantinya.
Kontrak Zhuliang tidak dilanjutkan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi Program Podium selepas tamat pada 31 Disember lalu.
Akur dengan keputusan itu, Zhuliang, bagaimanapun, meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat sokongan sewajarnya sejak menerajui skuad terjun negara pada 2008.
Malah, beliau mendakwa telah membuat permintaan agar kemudahan latihan ditingkatkan dan percaya emas pertama Olimpik dapat dijelmakan di London 2012 andai permintaannya itu dilaksanakan.
Khairy, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyatakan keputusan yang diambil ISN bertepatan demi hala tuju sukan terjun negara.
"Ia bukan kerana kontraknya tidak dilanjutkan dan saya telah berbincang menjelaskan perkara mengapa kontrak Zhuliang tidak diperbaharui," katanya.
Khidmat Zhu Liang tidak disambung selepas ISN mendaka teknik latihannya tidak lagi bersesuaian dengan kehendak masa kini di samping ketiadaan elemen sains sukan.
Wujudnya budaya dan persekitaran takut dalam kalangan atlit juga menjadi titik tolak kepada berakhirnya karier Zhuliang di Malaysia.