Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy, menghidupkan semula peluang untuk menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 pada Ogos depan apabila proses pemulihan pembedahan lututnya lebih cepat daripada jangkaan asal.
Khairulnizam sepatutnya berehat enam bulan selepas menjalani pembedahan lutut, bulan lalu.
Begitupun, pelayar kelahiran Kedah itu menunjukkan perkembangan positif sepanjang proses pemulihan dan dijangka menyertai semula kem latihan kebangsaan, bulan depan.
Ini bermakna Khairulnizam berpeluang cerah menyertai Sukan SEA, Ogos depan.
"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sekarang ini pun saya sudah mula mengayuh basikal dan cuba menurunkan berat badan. Lutut saya pun sudah tidak berasa sakit.
"Saya harap April ini saya boleh kembali ke laut," katanya.
Sukan SEA Singapura 2015 menyaksikan Khairulnizam menyumbang emas dalam acara laser standard berpasukan lelaki dan perak individu.
Secara keseluruhannya, skuad pelayaran meraih tujuh emas di Singapura.
Sebanyak 14 emas ditawarkan dalam pelayaran yang akan dipertandingkan di Pulau Langkawi, Kedah, nanti.
Nama Khairulnizam tidak asing lagi di Asia Tenggara apabila meraih emas Sukan SEA 2013 dan 2015 selain pernah melayakkan diri ke dua edisi Sukan Olimpik di London dan Rio.