Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, kekal dengan prinsip mahu terus bersama jurulatih peribadinya, Mohd Poad Mohd Kassim, walaupun ada cadangan mahu membawa jurulatih luar negara melatihnya.
Bukan seperti kacang lupakan kulit, mungkin itu peribahasa yang sesuai menggambarkan diri Khairul Hafiz yang masih segar dengan kejayaan muncul raja pecut Asia Tenggara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 19-30 Ogos lalu.
Biarpun tidak menolak kemungkinan kehadiran jurulatih luar pada satu hari nanti, Khairul Hafiz hanya bersedia menerimanya jika bekerjasama dengan Poad.
Menurut Khairul Hafiz, jasa Poad dalam membentuk pencapaiannya hari ini terlalu besar dan hanya jurulatih itu tahu apa yang terbaik buat dirinya.
"Dia yang tahu saya sebab dia yang bawa saya daripada kosong sampai berjaya. Dia tahu apa latihan yang patut dibuat," katanya.
Poad mula melatih Khairul Hafiz ketika dia berusia 15 tahun pada 2014 ketika dia sekadar membuat catatan 12 saat dalam acara 100 meter.
Walaupun Poad sering kali mengarahkannya bertukar acara antara 100m dan 400m, Khairul Hafiz berada di kemuncak prestasi sejak tahun lalu apabila muncul pemenang dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia melalui catatan 10.36 saat.
Selepas hampir empat tahun berlatih di bawah asuhan Poad, Khairul Hafiz sendiri tidak menyangka dia sudah bergelar Raja Pecut Asia Tenggara pada umur 19 tahun.
"Ketika di tingkatan tiga, jurulatih tidak benarkan saya menyertai 100m dan 200m. Dia suruh saya beraksi dalam 400m.
"Selepas itu, saya cuba berlari untuk 100m dan sehingga kini saya teruskannya," katanya.
Bagi Poad, beliau tidak terasa apa-apa dengan cadangan itu, namun menyerahkan kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dalam membuat sebarang keputusan.
Apa yang paling penting, dia mahu melihat Khairul Hafiz berada dalam keadaan bersedia sebelum menyertai Sukan Komanwel dan Sukan Asia, tahun depan.
"Apa sahaja cadangan, ia perlu melalui persatuan. Jadi, perkara ini kami akan bincang secepat mungkin. Dengan peringkat umurnya, kita tidak mahu memberi tekanan.
"Dia masih muda dan kita mahu gunakannya untuk 10 tahun lagi. Dia akan lebih maju mengikut umurnya. Dia akan lebih baik selepas ini," katanya.
Mereka ditemui dalam majlis meraikan kejayaan pingat emas Khairul Hafiz dalam acara 100m Sukan SEA oleh Universal Fitness and Leisure (UFL), hari ini.