Skip to main content

Sepak Takraw

Kes boikot Piala Raja Thai: Pengurus sepak takraw negara digantung dua tahun

thailand-terus-dominasi-sepak-takraw.jpg
Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) mengenakan penggantungan dua tahun terhadap pengurus skuad Piala Raja Thai negara, Zamri Abdul Rahman, berhubung isu ujian doping pada Oktober tahun lalu. 

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, ketika dihubungi mengesahkan penggantungan dua tahun itu terhadap Zambri, berkuatkuasa 22 November lalu. 

Penggantungan itu dikenakan selepas siasatan ISTAF terhadap skuad sepak takraw Piala Raja Thai negara yang didakwa cuba mengelak daripada melakukan ujian doping oleh jawatankuasa penganjur pada 22 Oktober 2016. 

"Jabatan Anti Doping ISTAF telah mengenakan penggantungan selama dua tahun ke atas pengurus pasukan sepak takraw Malaysia kerana menghalang pemain-pemain Malaysia daripada menjalani ujian doping dalam kejohanan (Piala Raja Thai) ini," katanya. 

ISTAF, bagaimanapun, membebaskan dua jurulatih dan enam pemain daripada sebarang tindakan kerana turut terbabit dalam insiden itu. 

"Semua pemain yang terlibat, iaitu seramai enam orang, telah dibebaskan daripada dikenakan hukuman selanjutnya."

Sebelum ini, ISTAF telah mengenakan denda terhadap Zambri, jurulatih negara, Abu Talib Ahmad, penolong jurulatih, Mohd Roshidi Nordin, serta tiga pemain, iaitu Izudin Refin, Afifuddin Razali dan Safarudin Abu Bakar, kerana memboikot final Piala Raja Thai. 
 

Advertisement

Must Watch Video