Tiger Woods mengumumkan dia akan kembali beraksi dalam Jelajah PGA apabila akan bertanding dalam Terbuka Farmers Insurance, bulan ini, dan Terbuka Genesis, bulan depan.
Pemenang 14 kali kejohanan utama itu dihantui kecederaan belakang sejak kebelakangan ini dan membuat kemunculan semula dalam Cabaran Dunia Hero bulan lalu selepas 10 bulan berehat dan sempat mendahului kejohanan itu sebelum berakhir di tempat kesembilan.
Baru-baru ini, Woods bercakap mengenai harapannya untuk beraksi dalam jadual penuh kempen 2018, dan dia akan memulakan usahanya itu di lapangan yang cukup dikenalinya, Torrey Pines.
Lapangan itu pernah menyaksikan Woods meraih gelaran utama terakhirnya pada 2008 dalam Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Farmers Insurance -- aksi terakhir Woods tahun lalu -- kejohanan yang pernah ditawannya sebanyak tujuh kali.
Pertandingan itu akan berlangsung dari 25 hingga 28 Januari dan kemudian Woods akan memberi tumpuan kepada Terbuka Genesis di Los Angeles.
"Saya sangat teruja untuk kembali ke Riviera (Country Club)," kata Woods menerusi satu kenyataan di laman sesawang kejohanan itu.
"Sudah lama saya tidak bermain di Riviera.
"Untuk berpeluang beraksi dalam acara yang pernah saya lalui sebagai seorang pemain amatur, pemain muda dan kini sebagai tuan rumah kepada salah satu kejohanan paling bersejarah, adalah mimpi menjadi kenyataan."