Skip to main content

Tenis

Kemenangan Aegon jadi pemangkin buat Djokovic

djokovic-020717.jpg
Selepas membawa pulang kejuaraan Aegon semalam, pemain tenis Serbia, Novak Djokovic, mahu menjadikan kemenangan itu sebagai pencetus untuknya menyinar dalam Kejohanan Wimbledon 2017 yang bermula esok.

Djokovic membawa pulang trofi selepas menewaskan Gael Monfils 6-3, 6-4 dalam aksi final Kejohanan Aegon di Eastbourne, sekaligus memberikan tonik buat pemain berusia 30 tahun itu menghadapi Kejohanan Wimbledon tahun ini.

Dia beraksi dalam dalam kejohanan pemanas badan yang pertama sejak 2010 dan menjelang aksi dalam kejohanan seterusnya itu, Djokovic berazam mahu menampilkan aksi terbaik selepas terkandas di peringkat suku akhir di tangan Sam Querrey dalam kejohanan sama tahun lalu.

“Ia adalah minggu yang hebat dan keputusan untuk hadir ke sini adalah keputusan tepat buat diri saya sendiri,” ujar Djokovic.

“Saya menghabiskan banyak masa di gelanggang dan mengharungi perlawanan yang bagus, namun apa yang membuatkan saya amat gembira adalah orang di sini yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan saya.

“Itu menjadikan saya lebih bersemangat untuk melangkah ke Wimbledon,” katanya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video