Pemain futsal berpengalaman, Abu Haniffa Hasan, percaya kehadiran ketua jurulatih, Rakphol Sainetngam, yang dilantik Ogos lalu mampu memberikan nafas baru kepada persembahan skuad negara.
Abu Haniffa turut mengakui tiada sebarang masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana jurulatih termasuk Rakphol.
Mengenai peluang skuad negara di kempen kelayakan Piala Asia Futsal 2024 Oktober depan, pemain terbaik Liga Perdana Futsal Kebangsaan (MPFL) 2022 itu optimis Malaysia mampu mencipta kejutan, meskipun diletakkan dalam Kumpulan G bersama tuan rumah, Uzbekistan, Iraq serta Kemboja.
Untuk rekod, skuad futsal negara pernah layak ke pusingan akhir Piala Asia sebanyak 12 kali dan masih menanti peluang ke suku akhir.
Antara 12 kali kemaraan ke pusingan akhir Piala AFC itu termasuk tiga edisi berturut-turut pada 2014 hingga 2018 yang menyaksikan Malaysia kandas di peringkat kumpulan dan selepas kegagalan melayakkan diri pada edisi 2022, pastinya skuad bimbingan Rakphol menjadi tumpuan bagi kempen 2024.
"Dia merupakan seorang jurulatih yang sangat berpengalaman di peringkat kelab serta antarabangsa. Saya dan rakan sepasukan sedia memberikan yang terbaik bagi membantu jurulatih untuk menerapkan strateginya dalam pasukan ini.
"Saya yakin kami berpeluang untuk mencipta sesuatu dalam kelayakan Piala AFC kali ini."