Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Pelayaran Asia 2018 bakal nilai prestasi atlet negara

mazlanothman290118.jpg
Kejohanan Pelayaran Asia 2018 di Jakarta bakal menjadi platfom untuk menilai prestasi semasa atlet sebelum mereka beraksi dalam Sukan Asia, yang bakal berlangsung di venue sama pada bulan Ogos nanti.

Itu antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja sukan pelayaran hari ini yang enggan terkecuali daripada menikmati suasana awal temasya Sukan Asia dalam Kejohanan Pelayaran Asia terlebih dahulu dari 24 hingga 30 Jun.

Bakal berlangsung di Pantai Festival, Indonesia yang juga menjadi venue sama bagi Sukan Asia pada Ogos depan, ia pasti memberikan pendedahan awal kepada lima atlet yang akan beraksi nanti.

Sasaran masih belum diputuskan tetapi ramalan awal ialah untuk menyamai pencapaian satu pingat emas di Incheon pada edisi sebelum ini.

"Saingan di Ancol akan menjadi kejohanan persiapan atlet-atlet negara menghadapi Sukan Asia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mazlan Othman. 

Persiapan bukan sahaja tertumpu kepada Sukan Asia tetapi barisan atlet turut berdepan tugas getir melakukan persediaan menghadapi Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang pertama di Aarhus, Denmark dari 30 Julai hingga 12 Ogos depan.
 

Advertisement

Must Watch Video