RBxAl3x menyapu bersih OUG 45 dalam Kejohanan Kebangsaan peringkat akhir musim kelima menyaksikan empat pasukan yang menjuarai kumpulan masing-masing di dalam peringkat kumpulan atau round robin, berentap di pusingan akhir kejohanan ini menerusi format double elimination.
Mereka berlawan demi menjadi pasukan EA SportsTM FIFA Online 3 yang terbaik di Malaysia dan Singapura, serta wang keseluruhan bernilai RM40,000.
Empat pasukan tersebut adalah OUG 45 yang terdiri daripada RSRippedJeannn, J0K3R,RSWintersss, dan OrangeOld, Azuri Crew yang diwakili oleh XxSousukeXx, Fardhino, Hullrocks, dan SynCxJaron. Pasukan seterusnya, RB.eMaster dibarisi oleh RBxAl3x, RBxArroyos, dan eMasterVin manakala pasukan ke-empat iaitu Geng Raid Z dianggotai oleh GRzSekaiichi, GRzKucaiJr, GRzKikarenggo, dan GRzPablo.
Perlawanan pertama menyaksikan OUG 45 menentang Geng Raid Z di mana RSWintersss berdepan GRzKucaiJr, RSRippedJeannn bertarung dengan GRzSekaiichi, dan OrangeOld menentang GRzKikarenggo. OUG 45 memenangi perlawanan ini dengan jumlah kemenangan 2-1.
Kekalahan Geng Raid Z mengakibatkan mereka menjadi pasukan pertama yang jatuh ke dalam lower bracket.
Azuri Crew, pasukan yang buat pertama kali mara ke Pusingan Akhir National Championship tewas 2-0 kepada RB.eMaster, lalu menyebabkan mereka terjunam ke lower bracket di mana Geng Raid Z telahpun menanti. Perjalanan Azuri Crew di dalam kejohanan ini ditamatkan oleh Geng Raid Z dengan mata 1-2 menerusi 3 perlawanan sengit di antara anggota-anggota pasukan ini.
Di dalam peringkat separuh akhir upper bracket pula, OUG 45 menewaskan RB.eMaster di dalam sebuah lagi siri perlawanan yang sengit. RBxArroyos tewas 5-4 kepada RSWintersss di dalam penentuan penalti, seterusnya eMasterVin menang 1-0 menentang RSRippedJeannn dan OrangeOld menewaskan RBxAl3x 2-0, mengakibatkan RB.eMaster turun ke peringkat akhir lower bracket di mana mereka berhadapan dengan Geng Raid Z.
Perlawanan di antara RB.eMaster dan Geng Raid Z menyaksikan laluan yang selesa kepada RB.eMaster dengan kemenangan 2-0 yang memberi mereka peluang untuk sekali lagi berhadapan OUG 45 di dalam perlawanan akhir kejohanan ini. Menerusi format Best-of-Five Winner Stay, RSWintersss menjadi pemain pertama yang mewakili kumpulannya, dengan harapan untuk mengulangi kejayaannya pada pertemuan sebelum ini.
Selepas mendahului 2-0 di dalam separuh masa pertama, RSWinterss melancarkan corak permainan bertahan & sangat berhati-hati dalam mengatur pergerakkan. Ketika RSWintersss dilihat mendominasi permainan, RBxAl3x seumpama terjaga daripada lamunan, dan bangkit untuk membuktikan kepada semua penonton bahawa beliau masih belum mengaku kalah. Inilah saatnya di mana
RBxAl3x melakukan serangan demi serangan yang membuahkan kemenangan 3-2 ke atas RSWintersss.
Kemenangan RBxAl3x ternyata memberikan suntikan semangat buat beliau apabila pemain kedua OUG 45, J0K3R juga ditundukkan 0-1 oleh RBxAl3x. OrangeOld, yang sedari tadi
menyaksikan kekalahan 2 rakan seperjuangannya, kelihatan bersemangat untuk berhadapandengan RBxAl3x. Pada peringkat awal, OrangeOld dilihat menguasai permainan dengan
beberapa siri serangan namun gagal membuahkan hasil. RBxAl3x seterusnya menunjukkan bahawa beliau tidak perlu melakukan banyak serangan, cukup sekadar serangan yang kemas dan berkualiti untuk memenangi perlawanan. Hal ini seterusnya menyaksikan RBxAl3x menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas OrangeOld.
“Saya amat berterima kasih kepada rakan sepasukan saya (RBxArroyos dan eMasterVin) yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat dan sokongan walaupun ketika saya ketinggalan 0-2”, kata RBxAl3x apabila ditanya apa yang mendorong beliau untuk bangkit semula semasa
menentang RSWintersss.
Kemenangan RB.eMaster turut menjadikan eMasterVin sebagai satu-satunya individu yang telah dua kali menjuarai National Championship. Sebelum ini, beliau memenangi Kejohanan Kebangsaan musim ketiga, pada ketika kejohanan ini berbentuk individu.
Apabila ditanya tentang perancangan untuk masa akan datang, beliau berkata “Sekarang saya ingin menumpukan perhatian kepada peringkat ketiga Road to Thailand yang akan dijalankan pada minggu hadapan. Harap-harap saya masih bertuah seperti hari ini”.
eMasterVin bakal berentap dengan tujuh pemain lain bagi memenangi hak mewakili Malaysia di dalam The Intercontinentals di Thailand pada April ini. RBxAl3x tewas pada pusingan kedua peringkat kelayakan.
RB.eMaster membawa pulang wang tunai sebanyak RM16,000 atas usaha dan semangat mereka. Naib juara, OUG 45, membawa pulang RM8,000 manakala pemenang tempat ketiga,Geng Raid Z memenangi wang tunai sebanyak RM4,000. Azuri Crew yang mendapat tempat keempat turut membawa pulang RM2,000 sebagai saguhati.
Peringkat ketiga Road to Thailand akan berlangsung pada 4 Mac untuk Malaysia & 5 Mac untuk Singapura. Kedua-dua juara daripada Malaysia & Singapura memiliki peluang keemasan untuk mewakili negara masing-masing pada pertandingan The Intercontinentals yang akan berlangsung pada awal bulan April di Bangkok, Thailand. Wakil daripada lapan negara bakal bertarung dengan satu sama lain di dalam kejohanan dengan jumlah hadiah sebanyak 1,000,000 Baht (RM127,000).
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi FIFA Online 3 : http://fo3.garena.com