Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Boling Tenpin Kebangsaan: Megat Zaqrul gembira berjaya atasi idolanya

megat.jpg
'Idola tak idola, makan tetap makan', itu reaksi Megat Zaqrul Haiqal, selepas mencatat satu lagi kejutan dalam saingan Kejohanan Boling Tenpin kebangsaan 2023.

Mengidolakan jaguh boling negara, Rafiq Ismail, juara beregu lelaki di kejohanan itu yang mewakili Pulau Pinang cemerlang mengungguli saingan berpasukan terbuka lelaki juga.

Bersama Hariz Adlan Azman, Nyak Arif Hakimi dan Syed Azfar Danial, pungutan keseluruhan 4832 jatuhan pin cukup untuk mengetepikan cabaran Perlis dan Wilayah Persekutuan.

"Ia kejohanan yang sangat membanggakan kerana saya dapat melakar kemenangan ke atas idola saya, Rafiq Ismail," kata Megat Zaqrul menerusi Nadi Weekend.

"Saya berharap dapat meneruskan legasi Rafiq bersama skuad kebangsaan."

Lebih manis, ini merupakan kemenangan ketiga Hariz dalam kejohanan tersebut setelah cemerlang merangkul emas dalam acara beregu dan all-events lelaki.

Advertisement

Must Watch Video