Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Asia Ragbi 2024: Malaysia alami kekalahan pahit di tangan Hong Kong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

snapinsta-app_447993764_1504843997110761_13214307781078903_n_1080.jpg
Skuad ragbi negara mengalami kekalahan pahit di tangan Hong Kong dengan keputusan akhir 6-70 di laman sendiri.

Separuh masa pertama menyaksikan Hong Kong mendahului Malaysia dengan tujuh mata, tetapi pada minit ke-9, Lee James Chapman menyumbang 3 mata untuk mengejar kedudukan Hong Kong. 

Separuh masa pertama berakhir dengan Malaysia ketinggalan 3-42.

Sebelum ini, Malaysia juga tumpas di tangan Korea Selatan dengan keputusan 5-55.

Hong Kong terus mendominasi perlawanan dengan kedudukan 49-3 dalam separuh masa kedua.

Namun, Malaysia sekali lagi berjaya menambah mata menerusi Lee James Chapman pada minit ke-55 untuk menjadikan kedudukan 6-49.

Jurang mata yang besar menyukarkan skuad negara untuk mengejar dan Hong Kong terus mendominasi perlawanan sehingga tamat dengan mata akhir 6-70.
 

Advertisement

Must Watch Video