Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan ACC tetap bermula 16 Februari

berbasikal17118.jpg
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak dapat mengubah tarikh Kejohanan Berbasikal Asia (ACC), bermula 16 Februari depan, yang bertembung dengan sambutan Tahun Baru Cina kerana persiapan sudah memasuki fasa akhir.

"Sudah terlalu lewat untuk mengubah tarikh kejohanan," demikian pendirian badan itu bagi mengulas permintaan legenda berbasikal negara, Datuk Ng Joo Ngan, agar mempertimbangkan semula tarikh
kejohanan.

Ini kerana semua 22 negara peserta sudah menempah tiket penerbangan dan hotel penginapan masing-masing.

Justeru, PKBM akan meneruskan Kejohanan ACC di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan dari 16 hingga 20 Februari depan.

"Kejohanan itu didaftar dengan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) dan surat jemputan telah dihantar kepada semua ahli gabungan ACC melibatkan lebih kurang 40 negara. 

"Jadi, tarikh yang ditetapkan dari 16 hingga 20 Februari adalah muktamad dan tidak dapat ditukar. Kalau ditukar, ia akan mendatangkan banyak masalah dan boleh menyusahkan pihak-pihak berkaitan," kata Setiausaha Agung PKBM, Ibrahim Mustafa. 

Malaysia bakal mencatat sejarah menghantar skuad terbesar dalam kejohanan itu  dengan seramai 60 pelumba.

Advertisement

Must Watch Video