Bekas pemain tenis wanita nombor satu dunia, Jelena Jankovic, berkemungkinan terlepas aksi Terbuka Amerika Syarikat selepas dihimpit masalah kecederaan.
Pemain Serbia itu menduduki carta nombor satu pada tahun 2009 selepas melangkah ke final dalam aksi di Flushing Meadows, sekaligus mencatat keputusan terbaik dalam grand slam.
Namun, kini dia berada di tangga ke-69 dunia serta gagal melepasi pusingan ketiga dalam lapan penampilan dalam kejohanan utama.
“Saya perlu melihat status selepas ini tetapi besar kemungkinan akan menamatkan musim ini lebih awal,” kata Jankovic.
“Untuk Terbuka Amerika Syarikat, mungkin saya beraksi dan mungkin tidak. Saya tidak pasti,” tambahnya.
Jankovic berjaya memenangi 15 kejuaraan Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan kali terakhir melakukannya pada tahun 2015 sebelum terus dihantui masalah kecederaan.
“Saya menghadapi masalah sakit belakang dan menderita sejak sekian lama. Sebelum bermain di China, saya telah berehat selama tiga minggu.
“Sangat menyedihkan apabila tubuh badan saya tidak membenarkan saya untuk beraksi,” katanya.