Pengurus skuad karate negara, Nik Ismail Rashed, optimis beberapa lagi tambahan pingat emas mampu diraih dalam acara yang akan berlangsung pada petang ini.
Selepas meraih lima emas dalam dua hari pertandingan, sasaran enam emas dicapai menerusi kejayaan Lim Chee Wei, Hoe Thomson serta Emmanuel Leong dalam acara kata berpasukan.
Tiada sebarang kesukaran buat trio negara itu apabila menewaskan wakil Vietnam dan Indonesia dalam aksi round robin untuk muncul juara, sekaligus mengulangi pencapaian pada edisi 2013 Nay Pyi Daw di mana ketika itu Malaysia turut mengungguli acara itu.
"Semangat sebagai tuan rumah membolehkan kami berjaya mencapai sasaran. Kami berpuas hati dengan pencapaian untuk diteruskan dalam Sukan Asia 2018," katanya.
Berdasarkan persembahan semasa, Nik Ismail yakin skuad negara mampu menambah koleksi emas menerusi acara berpasukan kumite wanita menjadi sandaran utama.
Lantas, skuad negara berpeluang untuk mengatasi pencapaian di Myanmar empat tahun lalu di mana ketika itu Malaysia meraih tujuh emas, tiga perak serta lima gangsa.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.