Skip to main content

Sukan Lain

Julius masih di peringkat penyesuaian berlatih seawal 5 pagi

240217-atlet-renang-paralimpik-negaram-julius-jaranding.jpg
Atlet renang Paralimpik negara, Julius Jaranding, masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual waktu sesi latihan baru apabila mereka kini perlu berlatih seawal jam 5 pagi. 

Mereka berada di bawah bimbingan jurulatih dari Majlis Sukan Negara (MSN), Li Dan, buat sementara waktu, di mana jadual sesi latihan juga sudah ditukar untuk semua atlet melalui satu perubahan baru tahun ini. 

Bagi Julius, waktu latihan seawal jam 5 pagi yang diterapkan itu masih lagi belum serasi dengan dirinya ketika ini. 

"Latihan kami masih tidak menentu memandangkan kami masih belum ada jurulatih tetap lagi.

'Ketika ini, kami berlatih di bawah pemantauan jurulatih MSN tapi dia juga mempunyai ramai atlet untuk dipantau. 

"Jadi, semuanya tak konsisten lagi," katanya. 

Pemenang pingat perak Sukan Para ASEAN 2015 itu mengharapkan 2017 mampu memberikan lebih banyak kejayaan, khususnya dalam Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur di samping untuk menebus kembali kekecewaan tidak layak beraksi di Sukan Olimpik Rio, tahun lalu. 

"Kalau saya masih kekal lagi dalam Program Podium, saya berhajat memperbaiki kedudukan ranking saya.

"Saya ingin memperbaharui catatan masa terbaik saya berbanding sebelum ini, iaitu satu minit 19 saat yang hampir melayakkan saya ke Olimpik."

Advertisement

Must Watch Video