Skip to main content

Sukan Lain

Juara dunia 800 meter jadi mangsa serangan ganas

pierreambroisebosse-cropped_3gt7g0x51zcr11fahsaw9t3f2.jpg
Juara dunia acara 800 meter, Pierre-Ambroise Bosse, telah mengalami keretakan tulang muka selepas didakwa menjadi mangsa kepada serangan ganas oleh tiga individu.

Bosse mendakwa dia telah diserang Sabtu lalu sekaligus tidak dapat meneruskan aksi musim ini ekoran kecederaan yang dialaminya.

Atlet Perancis itu, yang meraih pingat emas dalam Kejohanan Dunia IAAF awal bulan ini, berkata siasatan sedang dijalankan ketika ini.

"Sabtu lalu saya telah menjadi mangsa serangan ganas," Bosse memuat naik kenyataan di laman Facebook miliknya.

"Tiga individu telah menyerang saya dan mengakibatkan beberapa keretakan tulang dan menjejaskan moral saya.

"Siasatan sedang dijalankan. Disebabkan semua ini, musim  saya telah pun berakhir."

Advertisement

Must Watch Video