Skip to main content

Sukan Lain

Juara Antara Juara: Cabaran Nicol berakhir

hasrat-nicol-ke-final-terbuka-wadi-degla-tidak-kesampaian.png
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, masih terkial-kial mencapai prestasi terbaiknya selepas tewas kepada juara bertahan, Camille Serme, dalam suku akhir Kejohanan Juara Antara Juara di New Yok, Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi. 

Penguasaan Nicol dalam sirkit profesional terus digugat dengan kebangkitan pemain-pemain baru dan kekentalan fizikalnya tidak lagi digeruni oleh pemain Perancis, Serme. 

Begitupun, atlet Pulau Pinang itu tidak memberi laluan mudah kepada lawannya apabila memulakan aksi dengan rentak kemenangan. 

Namun, momentum itu gagal dikekalkan dalam tiga set berikutnya sebelum tersingkir 11-2, 10-12, 8-11, 5-11 dalam tempoh 50 minit. 

Advertisement

Must Watch Video