Skip to main content

Tenis

Jelajah Remaja: Juara milik Soon Keat

14217jelajahremaja.jpg
Chan Soon Keat dari Pulau Pinang muncul juara kategori 16 tahun lelaki dalam Tenis Malaysia Jelajah Remaja pusingan ke-2 di Ipoh, hari ini.

Soon Keat menewaskan Mohd Irzad Shazurin dari Johor, 0-6, 7-5, 7-6 (5), dalam perlawanan akhir.

Menurut Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Mirzan Mahathir, kejohanan selama empat hari ini berjaya menarik lebih 235 pemain dari seluruh negeri.

"Kejohanan ini diadakan sebanyak lapan pusingan dan akan berakhir di Kedah. Selepas itu, acara Masters akan dilangsungkan pada November. Hanya pemain jemputan berkedudukan lapan tertinggi dalam ranking, akan bertanding.

"Saban tahun mutu permainan mereka (remaja) semakin meningkat.  Ini perkembangan positif sukan tenis tanah air," katanya.

Sementara itu, dalam acara perseorangan wanita, pemain Kuala Lumpur, Jualiana Shalini, muncul juara apabila menewaskan Ezatul Syafiqah dari Selangor, 6-3, 6-4.

Advertisement

Must Watch Video