Isu kewangan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) selesai apabila ahli lembaga pengarahnya, Datuk Noorul Ariffin Abd Majeed, mengumumkan mereka sudah menerima dana RM3 juta daripada kerajaan.
YAKEB kembali bernafas dengan dana yang disalurkan oleh pihak kerajaan dan ia cukup untuk menampung kira-kira 3,000 ahli yang terdiri daripada bekas atlet kebangsaan, termasuk yang pernah mewakili negara dalam Sukan Olimpik.
Ia juga bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan bekas atlet kebangsaan.
"Ini adalah program pertama selepas menerima dana daripada kerajaan. Kami akan membantu bekas-bekas atlet yang masih belum menerima sumbangan sebelum ini," kata Noorul Ariffin.
"Sebagai bekas atlet kebangsaan, kami dapat berasakan khidmat yang disumbangkan dihargai. Ini merupakan berita yang baik buat bekas atlet kebangsaan," kata bekas jurulatih skuad ragbi negara, Lee Nyuk Fah.
Nadi Arena pada Julai tahun lalu melaporkan YAKEB berdepan masalah kewangan serius hingga berdepan risiko ditutup.
YAKEB masih mencari pengerusi baru sejak bekas pemain skuasy, Azlan Iskandar, meletak jawatan, Oktober tahun lalu.
Lima individu dicalonkan sebagai pengganti, termasuk Noorul Ariffin.
Sementara itu, YAKEB menghulurkan bantuan khairat kematian RM5,000 kepada ahli keluarga bekas pemain ragbi negara, Allahyarham Fadhullah Lim Abdullah, yang meninggal dunia pada 2017 ekoran serangan jantung.