Skip to main content

Sukan Lain

Ini hal peribadi saya -- Pandelela

pandelela.jpg
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, enggan mendedahkan punca belum menandatangani kontrak Sistem Tier, Majlis Sukan Negara (MSN) di mana semua jaguh utama kebangsaan, termasuk Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang, sudah berbuat demikian.

Pandelela dan seorang lagi penerjun, Nur Dhabitah Sabri, muncul atlet terakhir belum mengikat kontrak dengan MSN.

Kedua-dua pihak sedang mencari jalan terbaik terhadap beberapa terma kontrak terbabit.

Antara yang dipersoalkan ialah jumlah penaja yang enggan didedahkan oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.

"Tiada komen. Sebab ini adalah hal peribadi saya," kata Pandelela.

Setakat ini, 501 atlet sudah mengikat kontrak Sistem Tier.

Skuad terjun negara akan berlepas ke Sagamihara, Jepun untuk menyertai Siri Dunia bermula Jumaat ini.

"Saya tidak menyedari perbincangan melibatkan MSN dan atlet-atlet tetapi mereka masih lagi berusaha mendapatkan persetujuan," kata jurulatih negara, Christian Brooker.

"Pandelela akan menandatangani kontrak bersama MSN kerana dia adalah penerjun negara," kata Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen.

Advertisement

Must Watch Video