Skip to main content

Bola Keranjang

Ini duit saya -- Durant

kevin-durant-62617-usnews-getty-ftr_xhe1hnnw820j1lnawx4wnjb4a.jpg
"Ini duit saya, suka hati saya nak buat apa pun," demikian kenyataan dibuat pemain All-Star Golden State Warriors, Kevin Durant, selepas membuat keputusan memotong gajinya.

Durant mengejutkan arena NBA bulan lalu apabila kembali menandatangani kontrak bersama Warriors dengan bayaran gaji lebih rendah daripada nilainya.

Durant mengesahkan minggu ini keputusan tersebut hadir bagi memastikan pasukan itu lebih ampuh musim ini tanpa perlu menyingkirkan pemain bintang sedia ada.

"Saya seorang yang bijak dan saya mahukan pemain seperti Andre Iguodala, Shaun Livingston dan Steph Curry mendapat bayaran sewajarnya," kata Durant menerusi The Athletic.com.

"Kerana mereka semua tidak mendapat bayaran setimpal, jadi saya sedar sampai satu masa mereka mahu dibayar dengan gaji lebih baik."

Durant akan mendapat bayaran USD25 juta (RM107 juta) bagi musim akan datang, kurang USD1.5 juta (RM6.5 juta) daripada musim pertamanya bersama Warrriors dan USD9.5 juta (RM40 juta) daripada nilai yang sepatutnya dia peroleh musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu diberi pilihan untuk mengaktifkan bayaran USD26.25 juta (RM113 juta) bagi tahun kedua.

"Saya mahu memastikan pasukan ini kekal dengan pemain yang sama dan membantu pemilik mengembalikan pemain lain," kata Durant.

"Ini duit saya, keputusan saya. Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahukan."

 

Advertisement

Must Watch Video