Skip to main content

Sukan Lain

Impian Safuan kembali beraksi dalam Sukan SEA musnah

22217simon.jpg
Peluang atlet boling padang negara, Safuan Said, membuat penampilan semula dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos depan, tipis apabila proses pemilihan hanya akan membabitkan atlet yang membarisi program Kita Juara.

Safuan, bekas juara dunia 2008, sebelum ini menyuarakan hasrat untuk merebut kembali tempat dalam skuad kebangsaan.

Tetapi, impian itu tidak kesampaian selepas jurulatih, Simon Christoffel Botha, menegaskan skuad negara akan dipilih daripada program itu, yang dikendalikan sejak tahun lalu. 

Malah, Simon yakin anak buahnya mampu merangkul empat emas dalam temasya dwi-tahunan itu berdasarkan prestasi semasa.

"Kami sebenarnya memperhalusi skuad yang terdiri daripada 11 lelaki dan 11 wanita. Selepas ini kami akan memilih 10 lelaki dan 10 wanita," katanya.

"Malangnya seorang daripada skuad semasa akan dikeluarkan dan diharapkan dapat digunakan sebagai pegawai teknikal dalam temasya itu nanti."

Safuan muncul naib juara acara individu Kejohanan Juara Antara Juara Malaysia selepas menewaskan beberapa atlet program Kita Juara di Stadium Tertutup Boling Padang Bayuemas, Klang, dua minggu lalu.

Dalam perlawanan peringkat akhir itu, Safuan tumbang di tangan atlet muda, Izzat Shameer.

Safuan pernah menduduki ranking pertama dunia selepas dinobatkan juara dunia pada 2008 dan pernah meraih pingat emas dalam Sukan SEA 2005.

Advertisement

Must Watch Video