Mungkin terlalu awal untuk pengumuman ini. Namun ESPN dengan kerjasama WWE telah mendedahkan yang bekas Juara Heavyweight Dunia, Bill Goldberg akan menjadi individu pertama yang dinamakan sebagai penerima anugerah Hall Of Fame WWE bagi tahun 2018.

Goldberg, 51, akan menyertai senarai 105 bintang lagenda gusti yang pernah menerima anugerah tersohor dalam industri gusti profesional ini, di mana acara penganugerahan bagi tahun 2018 bakal berlangsung pada 7 April 2018 dari Smoothie King Centre, New Orleans, dua hari sebelum acara WWE Wrestlemania 34 berlangsung.
Sebagai seorang bintang yang pernah mencipta fenomenanya yang tersendiri, pemilihan Goldberg amat tepat dan beliau sememangnya layak menerima anugerah ini. Walaupun dirinya bukanlah bintang ciptaan Vince McMahon dan memulakan kerjayanya di World Championship Wrestling (WCW), namun pencapaian dan kredibilitinya tidak mampu disanggah lagi.
“Gaya atletik unik Goldberg, persona dan kesungguhannya telah menarik perhatian para peminat gusti di seluruh dunia sepanjang perjalanan kariernya. Kami rasa amat berbangga kerana berpeluang untuk menempatkan Goldberg di tempat selayaknya iaitu Hall of Fame WWE,” ujar Paul ‘Triple H’ Levesque, Naib Presiden Eksekutif Bahagian Bakat, Siaran Langsung dan Kreatif WWE.
Mengulas tentang pengumuman ini, Goldberg melalui catatan di laman Instagramnya menulis:
“Di penghujung segalanya, tak kira dalam apa jua industri, anda pasti mahukan nama anda dikenang. Anda akan sentiasa berusaha untuk berada di atas. Tiada sebab yang lebih utama melainkan anda mahu menjadi yang terbaik,” tambah Goldberg semasa ditemubual ESPN baru-baru ini.
Sebelum menyertai gusti, Goldberg merupakan seorang pemain American Football dan pernah beraksi untuk kelab Los Angeles Rams dan Atlanta Falcon di bahagian pertahanan. Namun kerjayanya sebagai pemain bola sepak terhenti apabila disahkan mengalami kecederaan abdomen dan pelvis, membuatkan beliau beralih arah kepada gusti profesional hasil perbincangan bersama rakan baiknya, Diamond Dallas Page.

Memulakan kariernya pada tahun 1997, nama Goldberg yang sebelum itu langsung tidak dikenali dalam dunia gusti profesional tiba-tiba meletup dan menjadi fenomena selang beberapa bulan menyertai WCW. Bukan itu saja, Goldberg turut membuktikan kehebatannya apabila mencipta rekod tanpa kalah 173-0 dengan menumpaskan lawan-lawan yang hebat seperti Raven, Konnan, Diamond Dallas Page dan ‘Hollywood’ Hulk Hogan.

Hampir 2 tahun beraksi tanpa kalah, akhirnya rekod tersebut lebur di acara WCW Starrcade 1998 apabila Goldberg tewas kepada Kevin Nash hasil bantuan luar oleh sekutu Nash, Scott Hall. Namun dominasi Goldberg tidak terhenti setakat itu dan terus menyinar sehinggalah WCW ‘tutup kedai’ pada Mac 2001.
Selang dua tahun selepas itu, Goldberg menyertai WWE dan sempat bersengketa dengan beberapa nama besar organisasi tersebut seperti The Rock, Chris Jericho, Triple H dan Brock Lesnar. Sayang sekali kerana suasana dan politik belakang tabir WWE kurang digemarinya, menyebabkan Goldberg hanya sempat bersama syarikat itu selama setahun dan mengucapkan selamat tinggal pasca acara WWE Wrestlemania XX pada April 2004.
Hubungannya yang dingin dengan Vince McMahon menyebabkan ramai beranggapan yang Goldberg tidak akan kembali lagi. Namun semua itu berubah apabila karakter Goldberg dimasukkan dalam francais permainan video WWE2K17. Lanjutan daaripada kerjasama itu, pihak WWE melalui usaha keras Triple H berjaya memujuk Goldberg kembali ke pentas WWE.
Natijahnya, Goldberg berjaya membuat mulut WWE Universe ternganga apabila menewaskan Brock Lesnar dalam tempoh kurang 30 saat di acara WWE Survivor Series 2016, dan bergelar Juara Universal WWE pada Februari tahun lalu.

Dengan anugerah Hall Of Fame WWE ini, ia mungkin menjadi kemuncak karier Goldberg sebagai bintang gusti ternama. Tiada apa lagi yang ingin dikejarnya selepas ini. Dengan kata lain, anugerah ini akan menjadi penutup kerjayanya sebelum menggantung but untuk selamanya.
Tahniah sekali lagi kepada Goldberg.
Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network dan saksikan acara WWE Royal Rumble 2018 pada 29 Januari dan semua acara pay per view lain setiap bulan eksklusif secara langsung yang turut boleh diikuti di Astro Go dan On Demand.
Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama para peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.

.@Goldberg brings passion and intensity to everything he does...on the field, in the ring, and especially with his family.
— Triple H (@TripleH) January 15, 2018
His intensity and character made him one of the biggest stars in our industry...so #WhosNext?
The #WWEHOF. Congrats, Bill. pic.twitter.com/pu3OpYAwre