Tiger Woods menyifatkan aksi pusingan keduanya dalam Terbuka Farmers Insurance sebagai “satu kerjas keras” sambil dia melepasi garis kelayakan untuk meneruskan saingan di Torrey Pines hujung minggu ini.
Pemenang 14 gelaran utama itu berada dua di atas par selepas sembilan lubang semalam tetapi kebangkitan menakjubkan dalam sembilan lubang kedua – dia telah bermula di lubang 10 – menyaksikan dia menyudahkannya pada satu di bawah par untuk berkongsi kedudukan ke-65.
Pada waktu Woods menamatkan pusingannya dengan birdie pada lubang terakhir, garis kelayakan ketika itu adalah satu di bawah par.
“Ia adalah kerja keras dan saya bertarung habis-habisan. Sesudah apa yang saya lakukan, saya rasakan ia bagus,” kata Woods, pemenang lapan kali di Torrey Pines.
"Permainan pendek saya baik dan mantap sepanjang minggu. Saya sedang menyesuaikan diri dengan permukaan keras green – anda boleh mendengar bola anda jatuh dari fairway sedangkan ia tidak selalunya demikian.”
Penampilan kompetitif terakhir Woods ialah dalam kejohanan Dubai Desert Classic dalam Jelajah Eropah pada Februari lalu apabila dia terpaksa mengundurkan diri dalam pusingan kedua.
Sejak itu, Woods telah menjalani empat pembedahan belakangnya dan mengakui dia memerlukan masa untuk menyesuaikan kembali permainannya.
"Kini saya bersemangat untuk meneruskan saingan hingga hujung minggu, masih banyak yang saya perlu belajar,” katanya.
Sementara itu, Ryan Palmer mendaki untuk mendahului di tangga teratas dengan kelebihan hanya satu pukulan.
Palmer, yang bermain di lapangan utara, menyudahkan pusingannya dengan eagle-birdie untuk satu ketika mendahului tiga pukulan sebelum juara bertahan, Jon Rahm, meraih birdie dalam dua daripada tiga lubang terakhirnya untuk jumlah 10 bawah par dan mengisi tangga kedua.
Luke List dan pendahulu pusingan pertama,Tony Finau, berkongsi tangga ketiga dengan jumlah sembilan di bawah par.
Bekas pemain nombor satu dunia, Jason Day, melakukan catatan lapan bawah par 64 untuk kembali ke dalam saingan, begitu juga Phil Mickelson yang melakukan empat bawah par 68.
Kedudukan pendahulu:
133 – Ryan Palmer (AS)
134 – Jon Rahm (SPA)
135 – Luke List (AS), Tony Finau (AS)
136 – Alex Noren (SWE)
137 – Michael Kim (AS), Jason Day (AUS), Martin Flores (AS)
138 – Retief Goosen (RSA), Hunter Mahan (AS), Harris English (AS), Phil Mickelson (AS), Tom Lovelady (AS).