Tiger Woods merumuskan persembahannya sebagai “jelik” selepas pemenang 14 gelaran utama itu bergelut dari tee pada hari ketiga kejohanan Terbuka Farmers Insurance, semalam.
Woods, 42, menyerlahkan pukulan tee yang lintang-pukang tetapi mengatasi masalahnya untuk mencatatkan pusingan terbaiknya dalam kejohanan ini – dengan catatan 70 untuk berada tiga di bawah par dan lapan pukulan di belakang pendahulu di Torrey Pines.
Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang telah pulih daripada kecederaan belakangnya untuk membuat penampilan pertama dalam Jelajah PGA sejak tahun lalu, hanya menemui tiga fairway dan sembilan green sepanjang 18 lubang sambil Alex Noren merampas pendahuluan dengan kelebihan satu pukulan.
Bercakap selepas selesai pusingannya, Woods – yang diselamatkan oleh putter cemerlangnya – amat jujur dalam penilaiannya terhadap pusingan ketiganya itu di San Diego, California.
“Ia adalah jelik,” katanya mengenai pusingannya yang merangkumi empat birdie dan dua bogey.
"Saya tidak mempunyai banyak yang dilakukan dan melakukan beberapa putt. Sekali lagi ia adalah kerja keras dan saya telah mencuba sehabis baik yang termampu.
"Ia bukanlah driver saya, sebaliknya hanya hayunan saya. Apa yang saya rasakan berbeza. Saya bergelut untuk melakukan pukulan tertentu. Kebanyakannya tidak menjadi hari ini.
“Satu-satunya yang saya ada adalah permainan pendek saya dan semangat, itu yang menyelamatkan saya hari ini.”
Woods menambah: "Saya tidak memukulnya dengan baik sepanjang hari. Saya benar-benar berhempas-pulas untuk mencari hayunan yang baik.”
Pemain Sweden, Noren, menyudahkan pusingan ketiga dengan catatan 69 untuk mendahului carta dengan satu pukulan.
Eagle pada lubang 6 melonjakkan Noren selaku pendahulu dan disertai seketika oleh Palmer, Luke List dan Jon Rahm.
J.B. Holmes (65) dan Michael Kim (70) tercicir dua pukulan di belakang sambil bekas pemain nombor satu dunia, Jason Day (71), satu lagi pukulan di belakang bersama Justin Rose (69).