TLHT 4 KL WIPERS 0
Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) akhirnya memperoleh kemenangan pertama dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia apabila membelasah KL Wipers 4-0, hari ini.
Selepas hanya mampu seri 1-1 dengan Blue Warriors 18 Januari lalu, TLHT turun dengan menyenaraikan sebahagian besar pemain kebangsaan dalam kesebelasan utama mereka.
"Tiga mata sangat penting, kami tidak mahu bergelut dalam pusingan seterusnya.
"Jaringan tambahan kami agak lewat dan hadir pada suku keempat. Pihak lawan juga bermain dan bertahan dengan baik," kata ketua pasukan TLHT, Siti Noor Amarina Ruhani.
Percaturan pengendali TLHT, Harun Ar-Rashid Samiri, itu berjaya apabila barisan anak buahnya berjaya mendapatkan gol seawal minit ketiga menerusi Nor Azlin Sumantri.
KL Wipers cuba memberikan tentangan di sebalik penguasaan penuh TLHT, namun jurang umur serta pengalaman menyaksikan KL Wipers gagal memburu gol penyamaan.
Sungguhpun menguasai permainan, TLHT terpaksa menanti sehingga minit ke-42 untuk menambah jaringan, kali ini menerusi pukulan sudut penalti Siti Noor Amarina.
Dan seterusnya giliran Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail untuk meledak gol padang pada minit ke-52.
Selang empat minit, Nur Aisyah Hashim melengkapkan pesta gol TLHT dengan jaringan keempat dan keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.
"Pemain saya kurang cergas untuk berdepan dengan calang-calang pasukan seperti TLHT yang kebanyakannya terdiri daripada pemain dan bekas pemain kebangsaan.
"Kami menggunakan khidmat pemain Sukan Malaysia (Sukma) sepenuhnya."
Keputusan lain:
United KPT 8 MSN Kedah 0
UiTM-KPT 1 Penang Junior 0