Skip to main content

Sukan SEA

Hoki: Skuad wanita garang ke final

hoki-wanita-260817_1.jpeg
Skuad hoki wanita negara melangkah ke perlawanan akhir temasya KL2017 dengan bergaya apabila melengkapkan pusingan round robin dengan kemenangan 11-0 ke atas Myanmar, petang tadi. 

Anak buah Dharma Raj Abdullah tidak berdepan masalah besar apabila memulakan kenduri gol pada minit ketujuh menerusi Nuraini Rashid.

Mereka menutup separuh masa pertama dengan tambahan tiga gol lagi melalui penyudah Nuraini, Syafiqah Mohd Zain dan Norazlin Sumantri. 

Skuad wanita negara semakin garang pada babak kedua apabila mendapatkan jaringan menerusi satu gol lagi sumbangan Nuraini, Norfaiezah Saiuti dan Nuraslinda Said dengan dua gol dan masing-masing satu jaringan menerusi Siti Nur Amarina Ruhani dan Hanis Nadiah Onn.  

Malah, suku keempat menyaksikan skuad wanita negara mencetak lima gol untuk menempah pertemuan dengan Thailand bagi penentuan pingat emas pada Isnin. 

Thailand mara ke perlawanan akhir susulan kemenangan 2-1 ke atas Singapura, sebentar tadi. 

Dalam pertembungan round robin, skuad wanita Malaysia merekodkan kemenangan 3-0 ke atas pasukan Gajah Putih itu. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

 

Advertisement

Must Watch Video