Skip to main content

Sukan SEA

Hoki: Skuad lelaki hampiri emas

hoki-lelaki-260817.jpg
Skuad hoki lelaki negara mengesahkan slot ke perlawanan akhir apabila mencipta kemenangan 8-1 ke atas Singapura dalam aksi ketiga kempen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, malam ini. 

Faizal Saari meledak empat gol -- mengumpul 10 gol dalam temasya setakat ini -- manakala Aiman Nik Rosemi mencetak dua gol selain masing-masing satu gol daripada Razie Rahim dan Tengku Ahmad Tajuddin buat pasukan kendalian Stephen Van Huizen itu. 

Bagaimanapun, Singapura mendapat gol saguhati menerusi Enrico Marican. 

Malaysia akan berdepan Myanmar dalam aksi terakhir pusingan round robin, esok, sebelum turun dalam penentuan pingat emas, Selasa depan. 

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

 

Advertisement

Must Watch Video