Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Sarjit gesa The Speedy Tigers waspada ancaman flickers Pakistan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarjit.jpg
Seramai 20 pemain dipanggil bagi mengharungi kempen Piala Negara-Negara 2025 di Kuala Lumpur bermula 15 Jun depan, dengan mereka mempunyai tugas getir bagi merealisasikan sasaran ke separuh akhir kejohanan.

Halangan pertama skuad kendalian Sarjit Singh adalah Pakistan yang hadir dengan kelebihan rekod pertemuan dalam lima aksi terdahulu disamping mesin pencetak gol, Sufyan Khan.

Rekod jaringan Sufyan Khan bertemu skuad negara wajar menjadi kerisauan barisan kejurulatihan kerana berdasarkan status selaku pakar pukulan sudut penalti Pakistan ketika ini.






Senario ini membuatkan Sarjit, harus menggunakan dua pelari pertama ketika bertahan dalam aspek gerakan pukulan sudut penalti sekiranya mahu menyekat Sufyan daripada menjaringkan gol.

Sarjit Turut menegaskan kepentingan aksi pembukaan yang menjadi kunci kepada aspirasi mereka untuk layak ke saingan separuh akhir.

"Mereka pasukan yang baik dan semakin meningkat naik, mereka meninggalkan kejohanan antarabangsa untuk dua tahun. Sekarang mereka telah membina pasukan yang kuat.

"Mereka ada flicker yang bagus, jadi kita perlu pastikan mereka tidak beri mereka jaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti seperti dalam perlawanan terakhir." katanya

Advertisement

Must Watch Video