Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Malaysia buru slot separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marhan.jpg
Lima hari menuju aksi pembukaan kempen Piala Negara-Negara menentang Pakistan, skuad hoki negara ditagih untuk menyerlah potensi sebenar demi merealisasikan hasrat layak ke peringkat separuh akhir.

Kapten The Speedy Tigers, Marhan Jalil, kekal optimis melihat perkembangan keseluruhan pasukan khususnya pemain muda yang diserap masuk menyertai skuad senior.

Marhan memaklumkan mereka cukup sedar tanggungjawab yang dipikul dan sentiasa berusaha mengadaptasi strategi ketua jurulatih, Sarjit Singh.

Selepas diminta Sarjit untuk membantu mengemudi jentera tengah The Speedy Tigers, Marhan mengakui tidak berdepan banyak masalah memandangkan dia pernah bermain di posisi itu sebelum ini.

Pengalaman yang dimiliki akan digunakan sebaik mungkin untuk mengetuai gerakan menyerang dan bertahan skuad The Speedy Tigers.

"Saya akan guna pengalaman untuk memperkemaskan kualiti jentera tengah pasukan kebangsaan. Masa semakin singkat, kami kini fokus kepada gerakan bola," kata Marhan.

"Kami cuba untuk bermain mengikut permainan pantas, dan mengubah cara permainan kami dan diharap ia mampu diterjemah."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video