MALAYSIA 3 KOREA SELATAN 4

Skuad Hoki Malaysia akan bertanding dalam perhitungan klasifikasi tempat ke ketujuh/kelapan menentang Austria dalam Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara di Poland selepas tewas kepada pasukan Korea Selatan, sebentar tadi.


Sebelum tamat separuh masa pertama, kedua-dua pasukan memperoleh keputusan seri dengan jaringan pasukan negara disumbat oleh penyerang berpengalaman, Faizal Saari, pada minit ke-16 dan 30.

Bermula separuh masa kedua, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal meletakkan The Speedy Tigers di depan menerusi pukulan sudut penalti sebelum Lim Dohyun kembali menyamakan kedudukan buat skuad Korea Selatan pada minit ke-38.

Pada minit ke-47, Rim Jinkang meletakkan pasukannya didepan susulan menyempurnakan pukulan sudut penalti yang memberi tekanan kepada anak-anak buah Sarjit Singh untuk melakar kebangkitan.