Skip to main content

Hoki

Hoki Piala Negara-Negara: Ahmad Najmi seru The Speedy Tigers tampil lebih garang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

najmi.jpg
Skuad kendalian Sarjit Singh digesa untuk tampil lebih garang seiring dengan jolokan The Speedy Tigers bermula dengan pertemuan menentang Pakistan dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara.

Menerusi pengumuman skuad akhir iaitu seramai 20 pemain negara hari ini, majoriti pemain muda yang sedang meningkat naik diberikan peluang beraksi memandangkan kejohanan ini merupakan medan persediaan menuju aspirasi pingat emas di Sukan Asia Nagoya 2026 nanti.

Saban tahun, pemain negara bagaikan dibelenggu masalah aksi kurang konsisten khususnya di penghujung saingan sehingga meragut peluang layak secara merit ke temasya Sukan Olimpik Paris yang lalu.

Menyedari kepentingan aksi pertama dalam kempen Piala Negara-Negara bertemu musuh tradisi iaitu Pakistan, Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak,  merangkap pengurus pasukan memberikan kata dua buat pemain muda negara .

The Speedy Tigers yang akan memulakan kempen dengan berdepan Pakistan terlebih dahulu pada 15 Jun ini, sebelum bertemu juara bertahan iaitu New Zealand pada 16 Jun diikuti aksi terkahir kumpulan berdepan Jepun pada 18 jun.

"Ini yang selalu saya tegur, pemain muda kata mereka telah bekerja kuat dan saya katakan pada mereka pemain di luar negara bekerja lebih kuat daripada kamu semua.

"Jika kamu rasa kamu sudah bekerja kuat maka kamu perlu kerja tiga kali ganda lebih kuat, saya ingatkan mereka jangan mudah berpuas hati." katanya.

Advertisement

Must Watch Video