Skuad hoki lelaki negara mengukuhkan statusnya sebagai jaguh nombor satu Asia Tenggara selepas menjuarai Sukan SEA Ke-29 dengan memperbudakkan Myanmar 14-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan Malaysia meraih pingat emas ke-16 sejak acara hoki mula dipertandingkan dalam temasya dwitahunan ini pada edisi 1971.
Skuad bimbingan Stephen Van Huizen itu meraih gol menerusi Razie Rahim (3 gol), Shahril Saabah (3), Faizal Saari (3), Aiman Nik Rosemi (2), Azri Hassan (1), Azuan Hasan (1) dan Rashid Baharom (1).
Malaysia bukan sahaja mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam kejohanan ini, malah meraih jaringan besar dalam aksi peringkat kumpulan, bermula dengan 18-1 menentang Indonesia, 6-0 (Thailand), 9-1 (Singapura) dan 6-0 (Myanmar).
Myanmar pula mencipta sejarah tersendiri apabila mara ke pentas akhir Sukan SEA buat kali pertama.
Ini diperolehi selepas Myanmar berjaya mengelak daripada bolos lebih sembilan gol menentang Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, kelmarin.
Mereka terikat tujuh mata bersama Singapura tetapi layak ke final sebagai pasukan kedua terbaik berdasarkan kelebihan gol.
Singapura gagal mengulangi pencapaian pingat perak yang dimenangi di laman sendiri dua tahun lalu, sebaliknya akur dengan gangsa selepas menewaskan Indonesia 2-0, semalam.
Mengulas kejayaan pingat emas itu, kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, berkata: "Secara keseluruhan, aksi kita ada turun naik tetapi kita berjaya juga mengatasi pasukan-pasukan yang bermain secara bertahan dan itu adalah hasil usaha bahagian kejurulatihan dan pemain-pemain.
"Kita juga membuat kerja-kerja rumah walaupun kita tahu standard kita lebih tinggi daripada pasukan-pasukan lain kerana apa yang kita tampilkan di sini adalah aksi terbaik sebagai menunjukkan bahawa kita adalah kuasa besar dalam sukan hoki.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tahap permainan kita. Kami bermain sebagai sebuah pasukan, kami tidak mudah panik walaupun ada kalanya kami sukar untuk menembusi pasukan-pasukan lawan.
"Kami telah mempamerkan aksi terbaik bagi memberitahu kepada lawan kami bahawa Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asia Tenggara."
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.