Petarung muda negara, Mikail Ghazali, terpaksa akur apabila tumpas kepada jaguh Jepun yang memegang tali pinggang Knock Out Black Super Flyweight, Ryu Hanaoka.
Bagaimanapun, Hanaoka, 21, tidak diberikan jalan mudah menerusi semangat juang yang ditampilkan 'MikiPapa' sebelum ditabalkan selaku pemenang menerusi keputusan juri selepas tiga pusingan pertarungan Rise World Series 2025 di Yokohama itu, sebentar tadi.
Lihat sahajalah gambar Hanaoka apabila tangannya dijulang sebagai pemenang dengan reaksi kepenatan.
Di sebalik usia 16 tahun, MikiPapa membuktikan dia mampu berentap dengan petarung yang lebih usia daripadanya apabila menumbangkan petarung dari Maghribi dalam Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025, Februari lalu.