Lewis Hamilton mengalu-alukan cabaran yang akan diberikan rakan sepasukannya di Mercedes, Valtteri Bottas, menjelang musim baru Formula Satu (F1) 2017 dengan mendakwa: "Saya mahu dia berada di prestasi terbaiknya."
Bekas pemandu Williams itu dibawa masuk selepas Nico Rosberg mengumumkan persaraannya selepas menjuarai kempen tahun lalu buat pertama kalinya.
Juara tiga kali, Hamilton, tidak 'sebulu' dengan Rosberg dan pasti akan berusaha untuk merampas gelaran pemandu terbaik selepas terpaksa akur dengan kehebatan Rosberg, musim lalu.
"Idea segar sentiasa menjadi perkara yang seronok dan Valtteri bersemangat tinggi, ini akan menambah asas kami sebagai sebuah pasukan," kata Hamilton dalam sidang media.
"Saya tidak mengenalinya. Saya hanya menyaksikannya di litar dan kami bertembung satu sama lain semasa taklimat pemandu, itu sahaja.
"Selalunya, kami hanya berborak sekejap sahaja. Saya bertemu dengannya di kilang -- kali ketiga di mana saya betul-betul berjumpa dengannya -- dan hari ini kami sempat bercakap sebentar.
"Tiada sebarang persaingan di antara kami, ia hanya perbulaan biasa, jadi semuanya berjalan baik.
"Apa yang dalam situasi menjadi tegang, ia pasti menjadi menarik buat kami dan ia sesuatu yang kita akan ketahui kelak.
"Jika dia ingin menewaskan saya dan begitu juga sebaliknya, itu adalah normal.
"Saya tidak menjangkakan apa-apa, melainkan aksi terbaiknya. Saya mahu berada dalam prestasi terbaik."
Sambil itu, Hamilton mengakui dia sama sekali tidak pernah merindui mana-mana rakan sepasukannya kerana mereka semua ingin merampas kedudukan.