Bintang golf Thailand, Atthaya Thitikul, menjadi antara pemenang pingat emas termuda dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila mengungguli acara individu wanita pada usia 14 tahun di Kelab Golf The Mines.
Kisah berbeza berlaku terhadap pemain terbaik negara, Nur Durriyah Damian, yang terlepas peluang untuk menghadiahkan gangsa.
Atthaya terlalu unggul sepanjang saingan dan hari ketiga dia tampil dengan prestasi hampir sempurna untuk mendominasi pencabar lain.
Emas menjadi milik Atthaya dengan keputusan menakjubkan dengan jumlah 14 dibawah par 199.
"Saya sangat gembira di atas kemenangan ini. Kami telah berusaha sebelum menghadapi Sukan SEA. Emas ini untuk rakyat Thailand," kata Atthaya.
Begitupun, pujian wajar diberikan kepada Durriyah dalam pada dia cuba mengejar kedudukan gangsa.
Bagaimanapun, pemain Filipina, Lois Kaye, lebih tenang dalam menangani tentangan daripada wakil terbaik Malaysia ini.
Durriyah menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan par 213 pukulan keseluruhan dan akan kembali fokus untuk aksi berpasukan bersama Loy Hee Ying dan Ashley Lau.
"Sukar untuk menghadapi saingan hari ini (semalam). Terlepas melakukan beberapa pukulan dengan baik merupakan punca kegagalan saya. Selepas ini, saya akan cuba melakukan yang lebih baik dalam acara berpasukan," katanya.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.