Skuad ping pong negara mengesahkan telah menambah seorang lagi pemain bagi memantapkan lagi skuad ke Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, April depan.
Pemain tambahan itu adalah daripada skuad wanita, Ho Ying, yang sebelum ini tersisih kerana dibelenggu ketidaktentuan prestasi.
Tetapi Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) berpandangan mereka memerlukan kepakaran pemain itu untuk memantapkan acara berpasukan.
Ini bermakna secara keseluruhan, ping pong akan diwakili tujuh pemain ke Gold Coast, dengan tiga pemain lelaki diketuai Ashraf Haikal Rizal dan empat pemain wanita.
Sasaran TTAM dalam temasya Gold Coast 2018 adalah untuk kedua-dua acara berpasukan lelaki dan wanita sekurang-kurangnya layak ke suku akhir.
"Dalam mesyuarat terbaru dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), kami mencadangkan untuk menambah seorang lagi pemain wanita ke dalam skuad yang akan ke Gold Coast," kata Pengurus
Besar TTAM, Soong Poh Wah.