Skip to main content

Sukan Lain

Gold Coast 2018: Skuad boling padang sasar raih satu pingat emas

botha23118.jpg
Ketika kontinjen Sukan Komanwel 2018 negara masih merahsiakan sasaran bagi kempen di Gold Coast, Australia, skuad boling padang tampil berani untuk menyumbangkan satu pingat emas.

Skuad boling padang mempunyai sejarah dengan memenangi dua pingat emas pada edisi 2006.

Emas itu disumbangkan oleh Siti Zalina Ahmad dalam kategori perseorangan wanita dan trio wanita yang diwakili Nor Hashimah Ismail, Azlina Arshad dan Nor Iryani Azmi.

"Kami mahu meningkatkan kutipan pingat sebelum ini, iaitu dua pingat perak. Kami mahu sekurang-kurangnya satu emas.

"Jujurnya, ia boleh datang daripada mana-mana acara. Saya fikir perseorangan kita bagus," kata ketua jurulatih negara, Simon Botha.

Skuad ini turut mendapat pujian chef-de-mission (CDM) negara, Huang Ying How, yang turun meninjau latihan mereka hari ini.

"Ini merupakan kali pertama saya bertemu dengan mereka selepas  Sukan SEA Kuala Lumpur dan saya teruja dengan cara mereka bermain. Mereka adalah skuad yang berpengalaman. Daripada 12 pemain, enam yang saya temui hari ini telah beraksi dalam Sukan Komanwel," katanya.

Bagaimanapun, pemilihan skuad akhir lima lelaki dan wanita hanya akan diumumkan selepas kem latihan dan siri pemanas badan di venue pertandingan rasmi yang dijadualkan dari 27 Januari hingga 9 Februari ini.

"Kriterianya adalah berdasarkan pengalaman, tahap kemahiran dan prestasi semasa," tambah Simon.

Advertisement

Must Watch Video