Koi Sie Yan akan mengetuai barisan atlet gimrama negara ke Sukan Komanwel Gold Coast, April depan, selepas mengungguli sesi pemilihan yang dilangsungkan, semalam.
Sesi pemilihan selama dua hari itu menyaksikan empat atlet bersaing bagi merebut tiga slot ke Gold Coast.
Selain Sie Yan, turut merebut peluang itu ialah Amy Kwan, Izzah Azman dan N. Shasangari.
Ternyata Sie Yan, yang cemerlang dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan empat pingat emas, membuktikan mengapa dia antara taruhan bagi membawa cabaran negara dalam Sukan Komanwel nanti.
Dia melengkapkan disiplin belantan serta reben semalam dengan menduduki tangga teratas, mengatasi Amy dan Izzah yang turut tersenarai ke Gold Coast.
"Kami akan menjalani latihan di Uzbekistan bagi membuat persiapan ke Sukan Komanwel dan berharap ia akan membantu kami menghadapi saingan di Gold Coast," kata Sie Yan.
Skuad gimrama negara berlepas ke Tashkent, Uzbekistan hari ini untuk menjalani latihan selama dua minggu di sana.
Selepas itu, mereka akan menyertai Kejohanan Grand Prix di Moscow, Russia yang dijadualkan bermula 16 Februari.
Menurut Sie Yan, tiada sebarang sasaran tinggi diletakkan bagi saingan itu tetapi ia peluang terbaik untuk menguji kemampuan berdepan atlet dari negara Eropah.
"Ia merupakan kejohanan di Eropah, kami berharap untuk mempamerkan persembahan yang cemerlang."