Catatan baru 2.28 meter milik atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, memudahkan urusan rayuan yang bakal dikemukakan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) supaya namanya akan tersenarai ke Sukan Komanwel 2018.
Catatan terbaru itu yang dilakukannya dalam Kejohanan Balapan dan Padang Canberra baru-baru ini memperbaharui catatan 2.27m yang dilakukannya 10 tahun lalu, sekaligus membuktikan dia masih relevan untuk menggalas cabaran negara di Gold Coast.
Hal itu memudahkan lagi proses rayuan kepada MOM yang akan dikemukakan Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim, sebaik pulang dari Tehran, Iran, bagi Kejohanan Olahraga Dalam Dewan selepas nama Hup Wei tiada dalam senarai 12 atlet ke Sukan Komanwel.
"Ranking Nauraj Singh lebih tinggi daripada Hup Wei tetapi dalam kejohanan di Canberra yang lalu, Hup Wei mencatat keputusan lebih baik.
"Kedua-dua atlet memiliki keupayaan untuk memenangi pingat buat Malaysia," kata ketua jurulatih olahraga, Zainal Abas.
Hup Wei bakal berhadapan satu lagi kejohanan di Sydney pada hujung minggu ini, sehubungan itu Zainal mengharapkan satu lagi kejutan bakal dilakukan Hup Wei bagi memastikan kelibatnya terus mendapat perhatian MOM di atas prestasi semasanya.
"Saya menjangkakan satu pencapaian yang baik ditunjukkan di Sydney hujung minggu ini.
"Ini akan mengukuhkan lagi reputasi Hup Wei.
"Tiada masalah sekiranya kita mempunyai dua peserta lompat tinggi (dalam Sukan Komanwel)," katanya.