Skuad gimnastik negara menambah bilangan pingat perak menerusi acara berpasukan lelaki selepas memberikan tentangan sengit kepada Vietnam di Dewan Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.
Emas yang diharapkan skuad gimnastik lelaki tidak kesampaian apabila kekal menjadi milik Vietnam yang berjaya mempertahankan kejayaan mereka di Singapura, dua tahun lalu.
Bagaimanapun, skuad negara harus diberikan pujian ekoran berjaya menamatkan rentetan 10 tahun tanpa sebarang pingat di pentas Sukan SEA.
Malaysia kehilangan mata dalam acara gelung serta berpalang, sekaligus membuka peluang kepada atlet Vietnam yang diwakili dua atlet bertaraf Asia untuk meraih pingat.