Justin Gatlin kekal diyakini Usain Bolt akan kembali ke lapangan olahraga selepas kecederaan meragut larian perpisahannya dalam acara 4x100 meter dalam Kejohanan Dunia IAAF di Stadium London, awal pagi tadi.
Bolt kelihatan bersiap-sedia untuk bersara dengan menyamai rekod 15 pingat emas dalam kejohanan itu tetapi dilanda kekejangan hamstring yang menggagalkannya daripada menamatkan perlumbaan terakhirnya itu.
Great Britain merampas pingat emas daripada Amerika Syarikat selepas Christian Coleman dipintas oleh Nethaneel Mitchell-Blake sambil pelari berusia 30 tahun itu terbaring di atas trek.
Gatlin, yang menewaskan Coleman dan Bolt untuk emas 100m hujung minggu lalu, sebelum ini pun berpandangan bahawa Bolt akan kembali berlumba, dan mengulangi kepercayaannya itu selepas larian perpisahan yang tidak menjadi buat juara Olimpik sebanyak lapan kali itu.
“Dia akan kembali dalam setahun atau dua, dia akan bersedia. Dia memiliki keghairahan besar terhadap sukan ini, peminat mengasihinya, anda tidak akan dapat berundur dengan mudah,” kata Gatlin.
“Dia seorang atlet yang gemar menunjukkan kehebatannya dan saya fikir dia akan melakukan tugas yang hebat jika dia kembali kepada olahraga.”
Tanpa mengira sama ada dia akan kembali atau tidak, Bolt pastinya akan dikenang selaku atlet terhebat sepanjang zaman – sesudah memenangi emas berganda 100m dan 200m dalam tiga Sukan Olimpik berturut-turut di samping mencipta rekod dunia dalam setiap acara itu.
“Dari 2008, Usain Bolt telah melakukan perkara-perkara menakjubkan dan malam ini tidak akan mendefinisikan siapa dia sebenarnya.
“Dia masih yang terhebat dan oleh kerana ini adalah perpisahan buatnya, kami semua tunduk hormat kepadanya dan mengharapkan dia pulih secepat mungkin,” kata Gatlin lagi.