SUKAN-LAIN
Garde sedia terima Ben Arfa di MLS
Pengendali Montreal Impact, Remi Garde, sedia menerima kedatangan penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Hatem Ben Arfa, jika dia mahu berhijrah ke Liga Bolasepak Utama (MLS).
Pemain berusia 31 tahun itu diketepikan oleh pengendali PSG, Unai Emery, dan terkini dia mengesahkan mahu meninggalkan kelab Ligue 1 itu pada penghujung musim ini.
Tidak diturunkan PSG sejak April 2017, Jean-Jacques Bertrand yang bertindak sebagai peguam Ben Arfa, mendakwa kelab telah melanggar piagam bola sepak profesional Perancis.
Iklan
Jika dia mengambil keputusan untuk berpindah ke MLS, Garde telah menyuarakan dia akan diterima secara terbuka untuk menyertai kelab yang berpangkalan di Kanada itu.
"Kami saling mengenali satu sama lain," kata Garde.
"Jika dia mahu berhijrah ke MLS, dia diterima secara terbuka."
Mengumumkan penghijrahannya, Ben Arfa berkata, "Tidak lama lagi, perjalanan saya bersama PSG akan berakhir dan saya gembira kerana dapat menyarung jersi kelab ini.
"Saya mahu menyimpan kenangan bersama rakan sepasukan, saya menghargai sokongan mereka dan sentiasa mencintai kelab ini."
Must-Watch Video