Skuad futsal lelaki negara melakar kemenangan kedua selepas tiga perlawanan apabila membelasah Indonesia 5-0 di Stadium Panasonic, Shah Alam, malam ini.
Skuad bimbingan Chiew Chun Yong itu turun dengan misi memburu kemenangan bagi mencerahkan peluang merebut pingat emas dalam aksi terakhir berdepan Thailand, esok.
Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi Rdizwan Bakri sebelum dia merekodkan gol kedua 17 minit kemudian.
Azri Rahman meletakkan skuad negara dalam kedudukan selesa dengan gol ketiga pada minit ke-31 sebelum Awallauddin Mat Nawi dan Effendy Bahrin melengkapkan gol keempat dan kelima negara pada minit ke-32 dan 37.
Malaysia bakal berdepan Thailand esok dalam perlawanan terakhir bagi merebut kedudukan pertama kumpulan, sekaligus meraih pingat emas.
Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.
Kredit foto: Media MASOC
Penulis Jemputan
Tue Aug 22 2017