Skuad futsal lelaki negara membuka langkah dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan aksi penuh mendebarkan apabila melakar kemenangan 5-4 ke atas Myanmar di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam, malam ini.
Anak buah Chiew Chun Yong dikejutkan seawal minit kedua menerusi jaringan Aung Aung.
Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila Azri Rahman menyamakan kedudukan empat minit kemudian sebelum Akmarulnizam Idris meletakkan Malaysia di depan pada minit kelapan.
Tatkala Malaysia sibuk memburu gol tambahan, Myanmar kembali mengikat kedudukan 2-2 menerusi Ko Ko Lwin pada minit ke-13.
Bermula babak kedua, Myanmar mengukuhkan cengkaman dengan dua gol dalam tempoh enam minit menerusi Pyae Phyo Maung III (m-24) dan Pyae Phyo Maung II (m-30), sekaligus menjadikan kedudukan 4-2.
Enggan mengaku kalah, Malaysia kembali pamer kebangkitan dengan pemain pivot skuad negara, Khairul Effendy Bahrin, pada minit ke-31 sebelum Azri merekodkan gol peribadi kedua dengan jaringan penyamaan tiga minit kemudian.
Syed Aizad Daniel Syed Nasir muncul wira kem negara apabila meledak gol kelima untuk menghadiahkan kemenangan bermakna buat skuad bimbingan Chun Yong yang sebelum ini tewas 5-3 kepada lawan sama dalam Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok, awal tahun ini.
"Saya percaya kami menyedari perkara yang berlaku dalam perlawanan ini. Kami perlu segera menyesuaikan diri dalam perlawanan. Itu adalah kekangan yang dihadapi oleh kami dalam perlawanan dan ia harus diperbaiki pada aksi akan datang," kata Chun Yong.