Peninju negara, Mohd Fuad Redzuan, menggalas misi mahu menamatkan kemarau 16 tahun meraih pingat Sukan Komanwel dalam temasya di Gold Coast, April depan walaupun terpaksa melalui sesi latihan membosankan di Majlis Sukan Negara (MSN), Keramat.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu berlatih sendirian kerana rakan sepasukan, Abdul Salam Kasim, masih menunggu tawaran mendapatkan pekerjaan.
Hanya mereka berdua terpilih dalam Program Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018.
Misi utamanya adalah mahu menamatkan penantian 16 tahun meraih pingat Sukan Komanwel selepas Zamzai Azizi Mohamad merangkul gangsa pada 2002.
"Ia satu cabaran untuk saya kerana berlatih sendirian dalam persiapan ke Sukan Komanwel.
"Tetapi kami akan adakan program latihan bersama kelab dan persatuan nanti," kata atlet kategori 49kg itu.
Fuad tersingkir di peringkat suku akhir dalam Sukan Komanwel New Delhi 2010 dan Glasgow 2014.
Bagaimanapun, wujud kebimbangan mengenai keberkesanan program latihannya andai dia bertinju sendirian.
"Kami akan mengadakan latihan dengan pelapis di sini. Pada pertengahan bulan ini, kami akan pergi ke Thailand bagi mencari rakan sepelatih.
"Kita tahu ramai atlet yang berkualiti di sana," kata jurulatih tinju negara, Azmi Mohd Yunus.