Mohd Firdaus Sabri dan Mirabel Ting mengungguli Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan 2017 selepas masing-masing menjuarai kategori lelaki dan wanita.
Kejohanan yang berakhir hari ini di Labuan Golf Club (LGC), itu menyaksikan Firdaus dari Kelantan menewaskan 95 pemain lain untuk menjuarai kejohanan edisi Ke-26 kategori lelaki, manakala Mirabel dari Sarawak mengatasi 18 pencabar untuk menjuarai kejohanan edisi Ke-19 kategori wanita.
Beraksi tiga hari di kejohanan 54 lubang itu, Firdaus agak konsisten dengan mencatat dua atas par 74 pukulan pada hari pertama untuk berada pada kedudukan keempat dibekalang pendahulu Mohamad Firdaus @
Diddy yang mencatat par golf diikuti Lee Ka Tung dan Leduin Jordan Mobijohn II berkongsi kedudukan kedua dengan 73 pukulan.
Firdaus kemudian merapatkan jurang kedudukan pada hari kedua dengan catatan 76 pukulan untuk berada satu pukulan di belakang pendahulu, Jordan yang turut mencatat 76 untuk keseluruhan 149 pukulan manakala Lee Katung dengan aksi 78 pukulan berada pada kedudukan ketiga dengan 151 pukulan.
Memasuki pusingan terakhir, Firdaus mengekalkan rentak untuk catatan 75 pukulan dan catatan itu cukup memberi kelebihan untuk beliau merangkul gelaran juara dengan keseluruhan sembilan atas par 225 pukulan mengatasi Ka Tung dan Jordan dengan kelebihan satu pukulan.
Dalam persaingan kategori wanita yang melibatkan enam pemain ke pusingan akhir, Mirabel tidak menghadapi masalah besar mengemudi perlawanan sejak hari pembukaan dengan mencatat 77 pukulan pada hari pertama diikuti 76 pukulan pada hari kedua dan ketiga untuk keseluruhan 13
atas par 229 pukulan.
Persaing terdekat Song Eun A, yang mewakili Tawau Golf Club muncul selaku naib johan selepas mencatat 77 pukulan di ketiga-tiga hari pertandingan untuk mengumpul 231 pukulan.
Sementara itu, Nurul Syahirah Nasir dari Sandakan, berada pada kedudukan
ketiga dengan aksi 84-78-74 untuk keseluruhan 236 pukulan.
Kesemua hadiah kepada pemenang disampaiman Presiden Persatuan Golf Sabah (SGA), Datuk George Bandusena, Presiden LGC Arthur Kong dan Kapten LGC Joak Jolonius.