Terengganu Hockey Team (THT) menerima tamparan menjelang final Piala TNB 2017 esok apabila bakal berdepan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) tanpa penyerang import, Valentin Verga, yang sudah pulang menyertai Liga Hoki Belanda.
Verga terpaksa meninggalkan THT menjelang final Piala TNB kerana terbabit dengan komitmen Liga Hoki Belanda.
Dia perlu beraksi dalam perlawanan pertama bersama Kelab Divisyen 1, Amsterdam Hockey Club, esok atau tidak dibenarkan menyertai baki perlawanan Liga Hoki Belanda.
Verga menjaringkan satu gol untuk THT dan memainkan tugas penting, terutama ketika penyerang lain, Faizal Saari dan Ismail Abu, mengalami kecederaan.
Perkara itu sudah dipersetujui lebih awal dengan pihak pengurusan THT, sekaligus meningkatkan cabaran untuk mempertahankan Piala TNB.
"Pemain semua dalam keadaan baik dan kalau kami bermain sebagai sebuah pasukan, tidak mustahil keputusan boleh menyebelahi THT.
"Saya sudah berpesan kepada rakan-rakan yang lain bahawa kami perlu menggunakan setiap peluang yang ada.
"Contoh kalau kami mendapat lima pukulan sudut penalti, kami perlu setidak-tidaknya menjaringkan satu atau dua gol," kata kapten THT, Fitri Saari.
THT menjuarai Piala TNB sejak 2014 dan situasi kehilangan beberapa pemain itu menyaksikan KLHC ingin mengukuhkan lagi reputasi mereka sebagai pilihan utama.
Mereka menjuarai Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini selain hanya kehilangan khidmat penyerang, Mohd Haziq Shamsul, ekoran kecederaan.
"Terengganu pasti akan menampilkan permainan terbaik mereka kerana merupakan juara bertahan.
"Dari pihak kami pun, pasti kami akan memberikan saingan terbaik dan saya mengharapkan satu perlawanan yang menarik esok," kata pengendali KLHC, Muhammad Harun Al-Rashid Samri.
"Apa yang saya harapkan esok, saya dapat memberikan aksi terbaik dan membantu pasukan untuk mencapai kemenangan Piala TNB musim ini," kata penjaga gol KLHC, Roslan Jamaluddin.