Skip to main content

Sukan Lain

Federer tidak tertekan hadapi Terbuka Australia

070118rogerfederer.jpg
Roger Federer tidak meletakkan tekanan tambahan kepada dirinya menjelang saingan Terbuka Australia walaupun masalah kecergasan tetap menjadi halangan utama.

Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray, menarik diri daripada grand slam untuk tahun ini kerana mengalami kecederaan pinggul.

Novak Djokovic, yang sama seperti Murray tidak beraksi sejak Wimbledon, menarik diri daripada saingan Terbuka Qatar dengan kecederaan siku dan kehadirannya di Melbourne turut diragui.

Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, bakal menghadapi saingan Terbuka Australia tanpa sebarang kejohanan pemanas badan, meninggalkan Federer sebagai pemain pilihan untuk mempertahankan gelarannya.

Federer, bersama-sama Belinda Bencic, membantu Switzerland menjuarai Piala Hopman buat kali pertama sejak 2001.

"Ini merupakan satu kemenangan yang sangat berharga. Kemenangan ini menjadi motivasi buat saya menghadapi saingan di Melbourne nanti.

"Saya telah membuat persiapan yang rapi, mengetahui setiap perkara yang perlu dilakukan. 

"Menjadi pemain pilihan adalah satu kebiasaan. Tetapi perjalanan yang berliku menanti saya. Saya perlu berusaha untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi sebelum ini.

"Saya tidak meletakkan tekanan tambahan kepada diri saya, tidak mengira lawan yang menanti saya. Buat masa ini, saya berasakan diri saya pada tahap terbaik," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video