Skip to main content

Sukan Lain

Fatehah sedia pertahan emas dalam ACC

fatehah-mustapha.jpg

Ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa, mahu melupakan kedukaan tahun 2016 dengan menamatkan kemarau kejuaraan dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi, India.

Tahun 2016 sedikit-sebanyak menguji reputasi Fatehah dengan kempen Sukan Olimpik Rio tidak meberikan pulangan yang diidamkan.

Fatehah -- hanya layak dalam satu acara, iaitu pecut, di Rio -- tidak berupaya melepasi halangan peringkat awal.

Bagaimanapun, selepas berehat pasca Sukan Olimpik Rio, ia kembali menyuntik motivasi buat Fatehah untuk melakar pencapaian lebih baik pada tahun ini.

"Buat masa ini, segalanya berjalan agak baik. 

"Sesi latihan juga lebih selesa dan diharapkan saya mampu mengekalkan pingat di India, terutama dalam acara keirin," jelas Fatehah.

Kali terakhir pelumba berusia 27 tahun itu mendominasi acara pecut dalam ACC adalah pada tahun 2013 manakala keirin setahun sebelum itu. 

"Saya harap dapat mulakan yang terbaik bagi tahun 2017. Saya mahu menang pingat, jadi diharapkan rezeki itu ada," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video